| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penutupan Dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Dam Aji Antara Zon Peringkat Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu 2017

Pada 30hb November 2017 (Khamis) - Bertempat di dataran Kawad Penjara Pusat Kota Kinabalu telah diadakan majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan Dam Aji Peringkat Penghuni Pusat Kota Kinabalu. Pertandingan melibatkan penyertaan seramai 80 orang penghuni, mewakili 7 zon penempatan masing-masing. Pertandingan ini bermula pada 23hb hingga 29hb November 2017 yang dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Pemulihan. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh PP Mohd Redzualan Bin Yunus, Ketua Seksyen Keselamatan dan Inteligen Penjara Pusat Kota Kinabalu. Objektif program ini adalah untuk mencungkil bakat dan memupuk amalan gaya hidup sihat di kalangan penghuni dalam proses pemulihan penghuni itu sendiri.

Keputusan Pertandingan :

Johan : Zon Damai,
Naib Johan : Zon Damai,
Ketiga : Zon Ehsan,
Keempat : Zon Bakti,
Kelima : Zon Damai


""