| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Iftar Ramadan Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor

Pada 15/06/2017 (Khamis) jam 4.30 petang bertempat di Surau Al-Huda, Kuarters Pusat Pemulihan Akhlak Muar telah diadakan Majlis Iftar Ramadan Peringkat Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Penjara Negeri Johor, KP Hj Abd Wahab bin Hj Kassim. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Muar, PKP Mohd Shukri bin Harun. Pengisian program pada sebelah petang dimulakan dengan solat asar berjemaah, tazkirah, khatam al-quran, penyampaian cenderahati untuk peserta khatam Al-Quran dan rakan muda Surau Al-Huda, jamuan berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan Terawih.


""