Pada 08 Jun 2017, Unit Agama Penjara Pusat Kota Kinabalu, telah menganjurkan Pertandingan Khutbah dan Azan peringkat penghuni bertempat di Dewan Bistari. Seramai 25 orang penghuni terlibat mewakili zon penempatan masing-masing. Objektif penganjuran program ini adalah untuk memupuk nilai-nilai murni dalam penghayatan Islam serta meningkatkan kemahiran dalam bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sempena bulan Ramadhan ini.

"" 