| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pertandingan Nasyid Peringkat Penghuni Penjara Kajang 1438H

Pada 27 April 2017 (Khamis) bersamaan 30 Rejab 1438H, Unit Agama Islam Penjara Kajang telah mengadakan Pertandingan Nasyid Peringkat Penghuni 1438H bertempat di Surau At-Taqwa, Penjara Kajang bermula jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Program ini yang bertujuan menggalakkan penglibatan penghuni dalam usaha dakwah membentuk jiwa yang positif melalui nasyid merupakan salah satu program yang telah dirancang oleh Unit Agama Penjar Kajang. Majlis turut dihadiri oleh  TPP Sholehin selaku Pegawai Yang Bertugas dan seterusnya telah menyampaikan hadiah kepada pemenang. Seramai 271 penghuni terlibat dalam program ini dan sebanyak  9 kumpulan bertanding mewakili blok penempatan masing-masing.
""