| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (Ibr) Institusi Penjara Tapah, Perak

20 NOVEMBER 2017 (ISNIN), bertempat di Dewan Budiman, Penjara Tapah telah berlangsung Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) peringkat institusi dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak.  Ikrar Bebas Rasuah merupakan satu inisiatif baharu yang telah diperkenalkan oleh pihak SPRM bagi memastikan setiap kakitangan dan anggota akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah dan salah guna kuasa dalam keseluruhan operasi dan pengurusan jabatan.

Aturcara majlis yang dimulakan dengan taklimat ringkas  dan montaj oleh Pegawai SPRM Negeri Perak diteruskan dengan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh TKP Kamarudzaman bin Hj. Mamat, Pengarah Penjara Tapah.  Seramai 260 anggota dan kakitangan turut menyertai lafaz ikrar tersebut dan sesi menandatangani dokumen Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh Pengarah Penjara Tapah telah disaksikan oleh KPKPj Rosley bin Mohamad Satar, Timbalan Pengarah Operasi  SPRM Negeri Perak.  Majlis diakhiri dengan sesi bergambar.


""