| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Simulasi Kebakaran Bersama Kakitangan Penjara Taiping

21 November 2017 (selasa) 8.30 pagi Penjara Taiping Perak telah mengadakan Simulasi Kebakaran dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Taiping bersama kakitangan dan penghuni Penjara Taiping. Program disertai oleh 15 anggota beruniform dan 5 anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta banduan blok A, Penjara Taiping. Agenda program dimulai dengan siren kecemasan dibunyikan sebagai menanda kecemasan dan tempoh yang diambil oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat adalah 5 minit. Selain itu, taklimat berkaitan kebakaran, demonstrasi menyelamat dan pengurusan bangunan juga turut diberikan kepada anggota yang menyertai simulasi kebakaran ini. Di akhir simulasi telah diadakan penyampaian Sijil penghargaan oleh PP Wan Huzaiman bin Wan Hussain kepada Pegawai Bomba Kanan II Amiruddin bin Mohd Noor.


""