| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Penyampaian Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Di Seberang Perai, Pulau Pinang

17 November 2017 - Atas dasar keprihatinan dan simpati, Pengarah dan semua warga MPM telah mengadakan satu ?Program Penyampaian Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Di Seberang Perai, Pulau Pinang? bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang kini amat memerlukan bantuan. Seramai 13 orang wakil kakitangan Maktab Penjara Malaysia dari pelbagai pangkat telah menjayakan program tersebut.  Banyak sumbangan berupa barang makanan dan keperluan harian telah disumbangkan oleh agensi-agensi kerajaan, agensi-agensi bukan kerajaan dan orang perseorangan antaranya daripada Kelab Sukan dan Kebajikan Maktab Penjara Malaysia (KASBA), Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Institut Jantung Negara (IJN), Eternity Ventures Sdn Bhd, Ogre Pest Controls Sdn Bhd, Mutiara Fiq Resource, Ame Jasa Enterprise, Hanara Solution, Dynamic Project Solution, Waris Tunggak Services Sdn Bhd dan Kakitangan Maktab Penjara Malaysia. Program bermula dengan Pengumpulan Bantuan Banjir pada 16 November 2017 di MPM dan Penghantaran Bantuan Banjir pada 17 November 2017 ke dua buah kampung di Seberang Perai, Pulau Pinang iaitu Kampung Permatang Rawa dan Kampung Jalan Baru Perai.







""