| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Upacara Sembahyang Khas Deepavali Peringkat Penjara Sungai Buloh

Pada 12 November 2017 (Ahad) telah diadakan satu Majlis Sembahyang Khas bersempena sambutan Perayaan Hari Deepavali bertempat di hadapan Pejabat Rekod Penjara Sungai Buloh. Majlis ini telah dikelolakan oleh Unit Pemulihan Penjara Sungai Buloh dengan kerjasama Persatuan Hindu Sangam melibatkan seramai 204 orang banduan terdiri dari 4 blok penempatan. Ketua Inspektor Penjara Murugan A/L Karuppiah turut hadir pada majlis tersebut bagi mewakili Pengarah Penjara Sungai Buloh. Majlis bermula dari Jam 10 pagi dan selesai pada jam 12 tengah hari. Persatuan Hindu Sangam turut berbesar hati memberi sedikit sumbangan berupa makanan ringan (laddu,maruku) untuk penghuni yang hadir dalam upacara tersebut.


""