| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Larian Kecergasan Dan Gaya Hidup Sihat Penjara Sandakan 2017

Pada 17 November 2017, telah berlangsung Larian Kecergasan dan Gaya Hidup Sihat Penjara Sandakan 2017 di Hutan Hujan Kebun Cina (Hutan Simpan) Batu 5 Sandakan.  Seramai 100 orang anggota terlibat terdiri daripada pelbagai unit di Penjara Sandakan, menjayakan larian tersebut diketuai oleh YS PKP Zulkifli bin Abdul Manah, Pengarah Penjara Sandakan. Objektif program ini diadakan adalah untuk memastikan warga kerja Penjara Sandakan sentiasa sihat dan cergas disamping mencintai alam semulajadi. Program juga selari dengan saranan kerajaan dalam membudayakan gaya hidup yang sihat di kalangan penjawat awam.


""