| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Penjara Sandakan

Pada 18 November 2017, telah  berlangsung Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Penjara Sandakan anjuran bersama PERSIAP Sandakan, Blok Wanita dan Kelab Sukan dan Rekreasi Penjara Sandakan. Objektif penganjuran adalah untuk meraikan bakat kanak-kanak dalam bidang seni lukisan. Seramai 78 orang kanak-kanak terdiri daripada anak-anak kakitangan Penjara Sandakan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Pertandingan tersebut dibahagikan kepada 3 tahap iaitu tahap 1 ( 5 - 6 tahun ), Tahap 2 ( 7- 8 tahun ) dan Tahap 3 ( 9 -10 tahun ). Selain daripada pertandingan melukis, pelbagai acara sukan kanak-kanak turut dijalankan bagi memeriahkan majlis tersebut. Pertandingan telah dirasmikan oleh YS PKP Zulkifli bin Abdul Manah, Pengarah Penjara Sandakan. Turut hadir dalam majlis tersebut PP Abd Rauf bin Lang Pasih, Timbalan Pengarah Penjara Sandakan, Puan Azalina binti Abdul Rahman, Pengerusi PERSIAP Penjara Sandakan,  Puan Symsiah binti Ibnu Hashim, Timbalan Pengerusi PERSIAP Penjara Sandakan dan kakitangan Penjara Sandakan.


""