| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR), Peringkat Penjara Sandakan

13 November 2017 ? Berlangsung Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR), Peringkat Penjara Sandakan di Dewan Taman Wira, Perumahan Kakitangan Penjara Sandakan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Cawangan Sandakan. Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) telah diketuai oleh Penolong Komisioner Zulkifli bin Abdul Manah, Pengarah Penjara Sandakan bersama 140 orang kakitangan Penjara Sandakan dengan disaksikan oleh Timbalan Ketua Cawangan SPRM Cawangan Sandakan iaitu Tuan Zaihairy bin Mohd Yunus. Pada majlis tersebut, Pengarah telah menyampaikan ucapan alu-aluan dan menekankan kepentingan IBR dilaksanakan. Turut menyampaikan ucapan adalah Tuan Zaihairy bin Mohd Yunus wakil Ketua Cawangan SPRM Sandakan. Objektif utama Ikrar Bebas Rasuah (IBR) ini diadakan adalah untuk memperkasa jati diri dan iltizam untuk menjauhi salah guna kuasa dan penyelewengan di kalangan kakitangan Penjara Sandakan. Majlis menandatangani dokumen IBR telah disempurnakan oleh PKP Zulkifli bin Abdul Manah dengan disaksikan oleh Tuan Zaihairy bin Mohd Yunus, Timbalan Ketua SPRM Cawangan Sandakan.


""