| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Misi Bantuan Bencana Banjir Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang

07 November 2017 (Selasa) Skuad Bantuan Kemanusiaan dari Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah turun padang dalam misi gotong-royong bencana banjir di ketuai oleh PP Ahmad Kamarrudin bin Yaacob bersama (13) anggota dan kakitangan membersihkan Masjid Ad-Ridhuan dan Sekolah Agama Ad-Ridhuan, Nyior Sebatang,Seberang Perai Utara, Pulau Pinang yang merupakan pusat pemindahan banjir yang menempatkan (74) keluarga mangsa banjir. Manakala PKK Husin bin Hj. Johari, Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang bersama-sama Pengerusi PERSIAP dan ahli PERSIAP Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang serta anggota dan kakitangan institusi telah membuat lawatan dan memberi sumbangan kepada anggota dan kakitangan serta mangsa-mangsa banjir di Lubok Meriam,Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

08 November 2017 (Rabu) Skuad Bantuan Kemanusiaan mangsa banjir di ketuai oleh IP Mohd Zahir Bin Hassan bersama (10 ) anggota dan kakitangan telah turun padang membersihkan kawasan Sekolah Agama Rakyat Kubang Menerong yang merupakan pusat pemindahan banjir yang menempatkan lebih (500) orang mangsa banjir dan sekitar Kampung Ayer Melintas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang yang turut terlibat dengan bencana banjir.


""