| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sesi Lawatan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bersempena Kursus Orientasi Keselamatan (Kok) Bilangan 2 Tahun 2017

Pada 08 November 2017 (Rabu) pihak institusi Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah menerima kunjungan lawatan daripada seramai (32) orang kakitangan daripada pelbagai jawatan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersempena Kursus Orientasi Keselamatan (KOK) Bilangan 2 Tahun 2017 yang diadakan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Utara, Sungai Petani, Kedah. Objektif utama lawatan ini diadakan adalah untuk pendedahan aspek keselamatan dan pemulihan didalam Jabatan Penjara Malaysia kepada pegawai-pegawai lantikan baru jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).Pihak rombongan lawatan telah diberi taklimat ringkas oleh TPP Liza binti Ahmad disaksikan oleh PP Hj. Abd Zaini bin Ibrahim serta pihak rombongan seterusnya dibawa melawat sekitar kawasan institusi Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang. Sesi Lawatan tamat sekitar jam 2.00 petang.


""