| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Tengah

Pada 31 Oktober 2017 (Selasa), Institusi Penjara Sungai Buloh sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Program Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Tengah. Program Mesej dari Penjara ini diadakan di Dewan Rafulin, Sekolah Menengah Raja Muda Musa, Bestari Jaya Selangor. Program yang bertemakan ?Nilai Murni, Cegah Jenayah? ini memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar dan masyarakat setempat tentang pentingnya kerjasama didalam pencegahan jenayah dari peringkat awal dengan penerapan nilai-nilai murni dan keprihatinan masyarakat.      
    
Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato? Sri Dr. Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim Ahli Parlimen Kuala Selangor merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Antara tetamu khas yang turut hadir adalah Timbalan Komisioner Penjara Ybhg. Dato? Mohd Sakeri Bin Dollah,YBhg. Datuk Muhammad Fuad Bin Talib Setiausaha Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF) Selangor, Pengarah Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur Timbalan Komisioner Penjara Haji Darussalam bin Budin dan Puan Marpuaton binti Sastero Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor. Antara pengisian program Mesej adalah persembahan Pentomin dari Penjara Seremban, Slot Perkongsian Bicara Bersama Penghuni, persembahan nasyid penghuni dan Sketsa ringkas disajikan.


""