| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Hari Deepavali Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang Tahun 2017

Pada 02 November 2017(Khamis) jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Sukan Penghuni, Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah diadakan Program Jalinan Kasih Sempena Hari Deepavali  bagi  Tahun 2017. Wakil bagi pihak Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang iaitu PP Hj. Abd Zaini bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang diiringi TPP Dahlan bin Hashim turut sama hadir bagi majlis perasmian program serta memeriahkan suasana majlis. Seramai (12) orang banduan lelaki dan (2) orang banduanita telah terlibat dalam program ini. Perjumpaan bersemuka yang dikendalikan oleh Unit Program Pemulihan Insan ini diadakan bertujuan untuk meningkat hubungan sillaturahim diantara sesama keluarga penghuni serta memberi peluang kepada penghuni merasai suasana perayaan Deepavali. Selain daripada itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan moral dikalangan penghuni bahawa keluarga dan saudara masih dapat menerima mereka selepas mereka dibebaskan kelak. Program ini membuka peluang pertemuan secara bersemuka antara penghuni dan keluarga yang sekaligus akan meningkatkan keyakinan penghuni berkaitan penerimaan keluarga apabila selepas menjalani hukuman.


""