| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Karnival Sukan Penghuni Penjara Marang 2017

26 Oktober 2017 (Khamis) - Penjara Marang, Terengganu telah menganjurkan Karnival Sukan Penghuni yang telah diadakan pada 22 hingga 26 Oktober 2017 yang lalu. Seramai 400 orang penghuni terlibat dalam acara sukan berkenaan merangkumi pertandingan bola sepak, bola tampar, sepak takraw, ping pong dan perlawanan catur yang melibatkan penghuni dari Zon 1 (Fasa II-IV) dan Zon 3 (Fasa I). Acara kemuncak pada 26 Oktober 2017 iaitu Perasmian Penutupan Karnival Sukan Penghuni dirasmikan oleh Timbalan Penguasa Penjara Norimi Bin Ibrahim@Mat Noor bersama Penolong Penguasa Penjara Roslan Bin Mohammed. Seramai 20 orang kakitangan dari Unit Pemulihan Dan Rawatan terlibat secara langsung dalam menjayakan karnival sukan tersebut. Antara lain, tujuan program ini diadakan adalah bertujuan untuk menggalakkan penglibatan kakitangan dan penghuni Penjara Marang dalam aktiviti kesukanan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.




""