| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Temuseru Bersama Komuniti Dun Taboh Naning Peringkat Negeri Melaka

28 Oktober  2017 Program Temuseru Bersama Komuniti peringkat negeri Melaka telah diadakan di Kompleks JAPERUN Taboh Naning Melaka.  Program tersebut  dihadiri seramai 300 orang terdiri daripada Pengerusi JAPERUN, Penghulu-penghulu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Imam Masjid dan Surau, Majikan, NGO?s, PDRM, AADK,  ODP dan bekas ODP serta keluarga. Antara pengisian program ialah perkongsian pengalaman ODP semasa dan bekas ODP yang telah berjaya, selain Forum ?Berilah Mereka Peluang Kedua? yang diwakili oleh pihak PDRM, AADK, Penghulu Daerah dan Jabatan Penjara Malaysia. Diharap  melalui perkongsian ini , kita dapat menyampaikan banyak maklumat tentang kehadiran ODP ditengah masyarakat. serta berlakunya intergrasi semula tanpa sebarang syarat. Diharap masyarakat lebih terbuka dan ODP berupaya menjadi seorang warganegara yang lebih bertanggunjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat.  Program Temuseru ini dirasmikan oleh YB Datuk Latipah binti Omar  EXCO Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan kawasan Taboh Naning. Program tersebut  turut dihadiri oleh TKPj Abdul Aziz b. Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka. Program seumpama ini amat digalakkan kerana memberi impak yang baik kepada Jabatan dan orang ramai khususnya dalam memahami fungsi dan peranan Jabatan Penjara Malaysia.


""