| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Timur 2017

Pada 25 Oktober 2017 (Rabu) bertempat di Dewan Perdana Penjara Bentong telah berlangsung Program Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Timur bagi tahun 2017 dengan tema ? SAY NO TO CRIME ? yang di kelolakan oleh Penjara Bentong, Pahang dengan kerjasama daripada Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (MPWKM) Parlimen Bentong, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan Kementerian Pendidikan Malaysia serta Pejabat Pendidikan Daerah Bentong. Program telah dirasmikan oleh YB Dato Seri Mahdzir Bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia. Majlis ini turut dihadiri Komisioner Penjara Dato? Jamaludin Bin Saad mewakili Komisioner Jeneral Penjara, TKP Dato? Ab Basir Bin Mohamed (Pengarah Penjara Negeri Pahang), Dato? Azhar Bin Haji Arshad (Pegawai Daerah Bentong), Dato? Haji Rosdi Bin Ismail (Pengarah Pendidikan Negeri Pahang) dan Dato? Roslin Binti Abdul Rahman (Pengerusi MPWKM) Parlimen Bentong serta Pengarah-Pengarah Negeri Penjara Zon Timur, Pengarah-Pengarah Institusi Zon Timur, Pegawai PPD Bentong , Pengetua serta Guru Besar sekolah-sekolah yang terlibat, Ketua-Ketua Jabatan Daerah Bentong dan masyarakat setempat. Majlis didahului dengan nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pahang , bacaan doa dan diikuti dengan ucapan aluan oleh YBhg. Komisioner Penjara Dato? Jamaludin bin Saad yang mewakili Komisioner Jeneral Penjara dan disusuli ucapan perasmian oleh  YB Dato? Seri Mahdzir bin Khalid , Menteri Pendidikan Malaysia. Diantara pengisian program ialah Persembahan Unit K-9 Zon Timur, Ceramah Mesej Dari Penjara ? ? Say No To Crime, Drugs And Bully?, Program ? We Care ? ( perkongsian pengalaman bersama banduan ), demonstrasi sebat rotan dan slot Perjalanan Kehidupan Seorang Banduan  ? Jangan Jadi Seperti Aku ? . Juga terdapat  gerai-gerai pameran produk Penjara , pameran daripada AADK, Bomba, Program Derma Darah serta pameran bas bergerak Jabatan. Program ini disertai oleh 406 murid sekolah (PT3) dengan 22 guru pengiring dari 12 buah sekolah menengah terpilih disekitar daerah Bentong termasuk sebuah sekolah dari daerah Temerloh.


""