| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Alam Sekitar Peringkat Negeri Melaka

Bertempat di Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka telah diadakan Sambutan Hari Alam Sekitar Peringkat Negeri Melaka pada 21.10.2017 (Sabtu).  Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Wira Hj. Md. Yunos bin Husin, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Negeri Melaka yang mewakili YB Ketua Menteri Melaka. Pada sambutan tersebut telah diadakan pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna, senamrobik, pameran, Envirohunt, cabutan nombor bertuah, menanam pokok dan sebagainya. Sebelum itu, satu memorendum telah ditandatangani di antara Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dengan agensi Kerajaan Negeri termasuk Jabatan Penjara Malaysia yang telah diadakan dan penyerahan telah disampaikan pada sambutan tersebut. Turut hadir ialah TKP Abdul Aziz bin Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Melaka dan YBhg. Datuk Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang. Sambutan yang diadakan setiap tahun ini diadakan adalah bertujuan untuk kita menghargai dan pentingnya menjaga alam semulajadi bagi generasi yang akan datang.


""