| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pelancaran Pameran Hukuman Sepanjang Zaman Di Muzium Penjara Malaysia Melaka

27 Oktober 2017- Muzium Penjara Malaysia  telah mengadakan Program Pameran Hukuman Sepanjang Zaman yang telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Hj.Naim Bin Abu Bakar SUK Negeri Melaka. Turut serta menjayakan program ini adalah KP Tuan Hj.Ahmad Fauzi Bin Awang Pengarah Bahagian Keselamatan Dan Inteligen IPPM,TKP Abdul Aziz Bin Mohamad Pengarah Penjara Negeri Melaka,PP Mohd Rothman Bin Bujang Pengarah Muzium Penjara Malaysia serta tetamu-tetamu jemputan. Program ini merupakan sebuah program yang memaparkan pameran-pameran yang bermotifkan hukuman sepanjang zaman serta peralatan yang digunakan bagi tujuan tersebut. Antara pengisian lain program tersebut adalah sesi persembahan seni tangkas penjara (SENTAP),drama muzikal dan juga persembahan Prison Stoppers. Diharap dengan pelancaran program seperti ini dapat memberikan info yang berguna kepada masyarakat luar seterusnya dapat menjadikan Muzium Penjara Malaysia sebagai tempat rujukan,tempat memperkenalkan aktiviti-aktiviti serta produk jabatan dan juga sebagai tempat penyampaian maklumat.


""