| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kakitangan Dan Penghuni Pusat Koreksional Jasin Melaka Tahun 2017

Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah mengadakan Program Hari Sukan Negara Peringkat Kakitangan dan Penghuni Pusat Koreksional Jasin pada 10 Oktober 2017 (Selasa) bertempat di Dataran Hadapan Blok Damai, Pusat Koreksional Jasin. Acara yang diadakan disertai oleh 90 orang kakitangan dan 165 orang penghuni Pusat Koreksional Jasin, serta penglibatan 10 ahli keluarga penghuni.

Acara bermula pada pukul 8:00 pagi di mana kesemua kontinjen rumah pasukan masuk ke  padang serta diiringi oleh kumpulan Pancaragam Sekolah Henry Gurney, Telok Mas. Program dirasmikan oleh YB Datuk Roslan bin Datuk Hj Ahmad, ADUN Kawasan Merlimau, Melaka.  Turut hadir ialah Pengarah Pusat Koreksional Jasin PKP Arzaee bin Abdullah, Penguasa Penjara Mohd Rothman bin Bujang, Penguasa Penjara Mohd Hairul Hisyam, Penguasa Penjara Mohd Saifullah bin Md Akhir, Penguasa Penjara Mohamad Saizi bin Ibrahim dan Timbalan Penguasa Penjara Aswari bin Che Ibrahim. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah sukaneka  antara keluarga penghuni, perlawanan bola sepak antara penghuni dan kakitangan, lari 100 meter, dart, sepak takraw, karom, congkak, dam dan acara kemuncak tarik tali. Suasana meriah dengan tepukan dan sorakan para penonton. Majlis diserikan dengan pertunjukan pancaragam dari Sekolah Henry Gurney Telok Mas dan upacara penyampaian hadiah yang menjadi acara kemuncak.

Objektif program ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penglibatan kakitangan dan penghuni Pusat Koreksional Jasin dalam aktiviti sukan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Program ini juga memberi peluang kepada penghuni untuk sama sama merasai kemeriahan Hari Sukan Negara.


""