| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Semperna Deepavali Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Jasin, Melaka Tahun 2017

Pada 19 Oktober 2017 (Khamis), bertempat hadapan Pintu Utama, Unit Pemulihan Dan Rawatan, Pusat Koreksional Jasin (Sekolah Henry Gurney Jasin) telah mengadakan Program Jalinan Kasih Deepavali 2017 Peringkat  Penghuni Pusat Koreksional Jasin (Sekolah Henry Gurney Jasin). Program telah melibatkan 7 orang penghuni dan 20 ahli keluarga telah berlangsung dalam suasana meriah dan lancar. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran PKP Azeree bin Abdullah, Pengarah Pusat Koreksional Jasin bersama PP Saifullah bin Md Akhir,  Ketua Bahagian Keselamatan dan Interligen Pusat Koreksional Jasin dan TPP Aswari bin Che Ibrahim.

Majlis dimulakan ucapan Pengarah dan wakil penghuni. Turut diadakan permainan musang berjanggut di antara ahli keluarga penghuni serta persembahan nyanyian dan sketsa oleh penghuni. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar di antara kakitangan dengan ahli keluarga penghuni. Objektif program ini bertujuan untuk memberi kesempatan dan juga  peluang kepada penghuni untuk berjumpa dengan keluarga dan merasai sendiri sambutan Deepavali bersama keluarga di samping merapatkan hubungan kekeluargaan. Melalui sokongan dan nilai kasih sayang yang ditunjukkan oleh pihak ahli keluarga diharap akan memberi semangat serta dorongan kepada penghuni untuk meneruskan program-program pemulihan di dalam penjara.


""