| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Pembiakanpokok Tanaman Dan Hiasan Banduan Penjara Sungai Petani Bersama Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Pada 16 Oktober 2017 yang lalu, Penjara Sungai Petani dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Sintok telah mengadakan Kursus Pembiakan Pokok Tanaman dan Hiasan untuk program persijilan banduan. Seramai 15 orang banduan dan 11 anggota menyertai kursus yang diadakan selama sehari itu. Taklimat diberikan oleh wakil MARDI, Encik Mohd Ridzuan bin Md Daud bermula jam 9 pagi hingga 1 tengahari. Sesi teori dan praktikal dijalankan bertujuan memberikan pengetahuan berkenaan kaedah yang sesuai dan betul di dalam pembiakan pokok. Sesi penutupan kursus disempurnakan oleh ketua unit Vokasional & Industri, KIP Mohd Kamil bin Mohd Shalki.


""