| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Dialog Bulanan Dan Majlis Pemakaian Pangkat Penjara Marang Terengganu Bagi Bulan Oktober 2017

17 Oktober 2017 (Selasa) - Bertempat di Dewan Dato? Ibrahim, Penjara Marang Terengganu telah berlangsung Majlis Dialog Bulanan dan Majlis Pemakaian Pangkat bagi Sub. Inspektor Penjara KA26. Majlis bermula jam 02.30 petang dengan anggota dan kakitangan mulai mendaftar kehadiran dan mengisi borang penyertaan Sukarelawan GERAH SPRM ditempat pendaftaran. Susunatur majlis dimulakan dengan ketibaan PKK Mohamad bin Ismail, Pengarah Penjara Marang Terengganu. Majlis yang diacarakan  oleh IP Mohd Nanihafizi bin Mohd Nawang telah dimulakan dengan nyanyian ?Bakti Setia? dan sesi tazkirah oleh Ustaz Muhammad Solahuddin bin Razali. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh IP Ku Iskandar Zulkarnain bin Ku Aziz wakil MBJ Penjara Marang serta ucapan oleh Pengarah Penjara Marang Terengganu. Seramai 114 anggota dan kakitangan hadir. Mengakhiri Majlis Dialog pada kali ini adalah Majlis Pemakaian Pangkat bagi anggota yang dinaikkan Pangkat ke Sub. Inspektor Penjara KA26 iaitu Sarjan Mejar Bil. 6084 Mat Nasir bin Razak oleh Pengarah Penjara Marang Terengganu.


""