| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Daripada Pegawai Kedutaan British ke Ibu Pejabat Penjara Malaysia

Pada 12 Oktober 2017 jam lebih kurang 2.00 petang, Ibu Pejabat Penjara Malaysia telah menerima kunjungan hormat 3 orang pegawai daripada pejabat British High Commision (BHC) di Malaysia. Kunjungan hormat tersebut dihadiri oleh Mr Sean Mclean - pegawai Counter Terrorism and Conter Extremism Policy and Programme BHC, Imam Asim Hafiz - Islamic Religious Advisor to Chief of the Defence Staff, England dan pembantunya Ahmed Albarque.

Sesi lawatan diadakan bertujuan bagi membincangkan dan berkongsi program pemulihan yang dilaksanakan ke atas banduan radikal di kedua-dua negara. Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato? KP Abdul Aziz bin Abdul Razak, Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan, IPPM. Turut sama hadir dalam perbincangan tersebut adalah pegawai daripada Kementerian Dalam Negeri dan pegawai-pegawai kanan IPPM.


""