| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Utara Tahun 2017

03 Oktober 2017 (Selasa) Penjara Taiping telah mengadakan Program Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Utara tahun 2017 bertempat di Dewan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping, Perak yang telah dirasmikan oleh Y.B. Dato? Mohammad Zahir Bin Dato? Haji Khalid, Ahli Dewan Undangan Negeri Kamunting Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Dan Pembangunan Koridor Negeri. Ketibaan Y.B Dato? telah disambut oleh TKP Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Negeri Perak dan PKK Charin Promwichit Pengarah Penjara Taiping. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Negeri  Zon Utara, Ketua-ketua Institusi Zon Utara, Jabatan Sekitar Daerah Larut Matang dan Selama serta pelajar-pelajar sekolah. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh Imam Muda Abdul Jabbar Bin Mohammad Kahar dan Profesor Dr. Shaharuddin Bin Aziz. Majlis di teruskan dengan Forum bertajuk ?Jenayah Membawa Padah? disampaikan oleh KIP Ah Kabri b. Shafie, Peg. Parol Daerah Hulu Perak sebagai Moderator, Ahli-ahli panel adalah PPP Ismail Nasarudin Bin Mat Awi, Ketua Unit Pemulihan dan Rawatan Penjara Taiping, DSP Ng Bo Huat Wakil MCPF dan ASP Shahbani Bin Bahari, Wakil Polis DiRaja Malaysia. Majlis berakhir sekitar jam 1.00 tengahari.


""