| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sukan Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Tawau 2017

Pada 04.10.2017 (Rabu) telah diadakan Majlis Penutupan Perasmian Program Sukan Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Tawau di Dataran Insaf Penjara Tawau yang melibatkan seramai 250 penghuni lelaki dan 30 penghuni wanita. Majlis Penutupan Perasmian Program Sukan Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Tawau dirasmikan oleh PKK Faisal Bin Mohamed Noor, Pengarah Penjara Tawau.  Program Sukan Peringkat Penghuni merupakan aktiviti riadah dan acara tahunan Unit Pemulihan yang memberi ruang dan peluang kepada penghuni bagi mencungkil bakat dalam sukan. Selain daripada aktiviti riadah kepada peghuni, program ini merupakan salah satu pendekatan memupuk semangat setiakawan dan semangat kesukanan di kalangan penghuni di dalam penjara.  Antara acara yang dipertandingkan dalam Sukan Penghuni Penjara Tawau adalah seperti futsal, sepak takraw, bola tampar, acara indoor seperti catur dan carom serta pertandingan sukaneka dan karaoke.  Majlis Penutupan Perasmian berlangsung meriah dengan persembahan  kawad kaki, busking, dikir barat oleh penghuni dan berakhir dengan majlis penyampaian hadiah oleh PKK Faisal Bin Mohamed Noor.


""