| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Kem Shields Bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Jelebu Dan Pejabat Pendidikan Daerah Jempol & Jelebu

18 September 2017- Muzium Penjara Malaysia bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jelebu dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Jempol & Jelebu Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Kem SHIELDS di Muzium Penjara Malaysia. Seramai 50 pelajar berumur 16 dan 17 tahun daripada sekolah-sekolah Daerah Jempol & Jelebu telah menyertai program ini. Antara pengisian program tersebut ialah lawatan berpandu, ceramah motivasi dan simulasi di dalam penjara. Muzium Penjara Malaysia Melaka mengorak langkah awal menyahut saranan YBhg. Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar iaitu memberi kesedaran kepada para pelajar untuk mengelak dan mencegah mereka daripada terbabit dalam jenayah dan dadah. Program ini telah dirasmikan oleh En. Ismail bin Ahmad Khairi Pengarah AADK Negeri Sembilan.


""