| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bengkel Boothcamp eUsahawan & eRezeki di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah menganjurkan bengkel eUsahawan & eRezeki pada 19 September 2017 bertempat di Dewan Parameswara. Seramai 400 penghuni telah menyertai bengkel tersebut yang dikendalikan oleh selebriti Fizo Omar. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh TKP Abdul Aziz Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka. Turut hadir menjayakan program PKK Haji Wan Ramzan Bin Wan Ahmad, KP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah SHG Telok Mas Melaka, pegawai-pegawai kanan, Guru-guru Vokasional dan Guru-guru Akademik. Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan dan memupuk semangat keusahawanan serta pengetahuan dalam bidang perniagaan di atas talian kepada para penghuni.


""