| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Jasamu Dikenang Peringkat Institusi Pusat Koreksional Kamunting

Pada 13 September 2017 (Rabu) Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan serta pertukaran Pegawai-Pegawai Kanan di Pusat Koreksional Kamunting bertempat di Kelab Golf Pusat Koreksional Kamunting. Pengawai-Pegawai yang dirai ialah PKP Ranjit Singh a/l Gurdev Singh mantan Pengarah PK Kamunting yang telah bersara, PP Wan Hasnoul Zairie bin Wan Husin mantan Timbalan Pengarah PK Kamunting yang berpindah ke PPA Batu Gajah, PPP Mat Som bin Ramli yang bersara, KIP Mohd Amran bin Ibrahim yang bersara, IP Mohd Khairulnizam bin Muhamat Nawawi yang berpindah ke Penjara Tapah, SI Zakaria bin Mohammad yang bersara, dan SP Mohd mokhtar bin Abu Omar yang juga turut bersara. Majlis berjalan dengan lancar mengikut aturcara antaranya jamuan makan, ucapan kepada pegawai yang dirai, ucapan pegawai-pegawai yang dirai serta turut dihiburkan dengan nyanyian karaoke. Hidangan istimewa pada majlis tersebut ialah kambing bakar. Majlis disudahi dengan acara penyampaian sumbangan daripada Kelab Pegawai Kanan PKK, Kelab Sukan dan Kebajikan PKK dan Persiap PKK serta sesi fotografi kenang-kenangan.


""