| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Penjara Ke-228, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 & Penyampaian Watikah Pelantikan Lembaga Pelawat 2018

Pada 02 April 2018 (Isnin), Majlis Sambutan Hari Penjara ke-228, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 & Penyampaian Watikah Pelantikan Lembaga Pelawat 2018 telah diadakan di Auditorium Sri Sarawak, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak yang disempurnakan oleh YBhg. Dato? Sri  Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia.

Majlis turut dihadiri oleh KP Dato? Haji Nordin bin Haji Muhamad (Pengarah Pengurusan Banduan), KP Dato? Mohd Sakeri bin Haji Dollah (Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan (Vokasional Dan Industri), TKP Ajidin bin Salleh (Pengarah Penjara Negeri Sarawak), Puan Rafidah bt Datu Derin ( KDN ), Puan Nur Shamilah bt Sahul Hamid (Timbalan Pengarah Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran), PKP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo merangkap Pengerusi bagi majlis tersebut, Ketua-Ketua dan Wakil Jabatan / Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri Cawangan Sarawak, Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Sarawak.

Seramai (105) kakitangan terdiri daripada anggota beruniform dan kakitangan awam menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2017, Pingat / Sijil / Riben 2018 daripada institusi Penjara Negeri Sarawak. Penyampaian Watikah Pelantikan Lembaga Pelawat Sekolah Henry Gurney turut disampaikan pada hari tersebut.


""