| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Penjara ke-228 Peringkat Penjara Sungai Petani

Hari Penjara ke-228 yang disambut secara serentak di seluruh institusi pada tahun ini dengan tema ?Pemulihan Dinamik, Pengintegrasian Strategik? turut disambut di Penjara Sungai Petani selama seminggu bermula 1 April hingga 5 April 2018. Sambutan bermula dengan majlis bacaan yasin dan tahlil oleh kakitangan pada 1 April 2018 bertempat di Surau Al-Kauthar Penjara Sungai Petani. Pada 2 April 2018 pula diadakan perbarisan dan Majlis Perasmian Sambutan Hari Penjara ke-228. Antara pengisian program pada hari tersebut adalah perbarisan dan penganugerahan pingat serta sijil penghargaan kepada kakitangan, wakil NGO dan wakil media Negeri Kedah, taklimat perniagaan atas talian, ceramah kesihatan dan program derma darah yang dikelolakan oleh Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Turut diadakan upacara pelepasan belon yang disempurnakan oleh Yang Mulia PKP Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar, Pengarah Penjara Sungai Petani sebagai simbol merasmikan sambutan Hari Penjara peringkat institusi. Pada 3 April 2018 pula telah diadakan gotong royong perdana dan acara sukaneka kakitangan pada 4 April 2018. Gotong royong pelaksanaan EKSA telah diadakan pada 5 April 2018 sebagai penutup sambutan Hari Penjara peringkat Penjara Sungai Petani bagi tahun 2018.


""