| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Bolasepak Piala Tan Sri Murad Ahmad Kali Ke 35 Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2018

Penjara Taiping, Perak telah diberi mandat untuk mengelolakan Kejohanan Bolasepak Piala Tan Sri Murad Ahmad Kali ke 35 Jabatan Penjara Malaysia 2018 pada 29 hingga 01 April 2018 . Kejohanan tersebut telah pun berlangsung di sekitar Padang Daerah Taiping yang melibatkan 16 pasukan diseluruh Penjara Malaysia.  
   
Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh KP Ibrisham bin Abdul Rahman, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti  diiringi oleh TKP Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Negeri Perak dan PKK Charin Promwichit, Pengarah Penjara Taiping pada 01 April 2018 di Stadium Sultan Yussuf, Pusat Latihan Pegawai Penjara Taiping, Perak. Turut hadir dalam Majlis Penutupan tersebut ialah Ahli Exco Majlis Sukan Penjara,Pengarah-Pengarah Penjara Negeri Zon Utara,Ketua-ketua Institusi Zon Utara serta dif-dif jemputan. Majlis Kejohanan telah dimulakan dengan perlawanan akhir iaitu Pasukan Selangor ?A? menentang Pasukan Sabah. Selain itu, turut diadakan pertunjukan bolasepak freestyler Keputusan Johan Perlawanan telah di menangi oleh Pasukan Selangor ?A?, Naib Johan dari Pasukan Negeri Sabah dan tempat ketiga bersama adalah dari Pasukan Johor ?B? dan Melaka. Penerima anugerah Penjaring terbanyak ialah Zulhelmy Bin Jumai ( Melaka ) dengan jaringan 8 Gol , pemain terbaik Mohd Nazri Bin Daud (Selangor ?A? ) dan Fair Play Pasukan Johor ?B?.


""