| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sumbangan Berbentuk Surah Yasin Dan Kain Pelikat Oleh Percetakan Nasional Malaysia

Penjara Taiping 01 April 2018 (Ahad) Bertempat di ruang legar Ngah Ibrahim, berlangsung majlis sumbangan berbentuk Surah Yasin dan Kain Pelikat oleh Percetakan Nasional Malaysia (PNMB) kepada penghuni Penjara Taiping sempena dengan sambutan ulangtahun PNMB yang ke 130 tahun. Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh PP Malek Radzuan Bin Omar Timbalan Pengarah Penjara Taiping dan Penyerahan sumbangan daripada wakil PNMB, Puan Noorbaity Binti Idris. Majlis ini berlangsung pada pukul 10 pagi yang telah dihadiri oleh kakitangan dari PNMB seramai ( 15 ) orang. Sumbangan ini adalah sebagai tanda dan sokongan kepada penghuni di Penjara Taiping dalam memberi pemulihan yang efektif sejajar dengan visi Jabatan Penjara Malaysia. Selain itu, sumbangan ini juga memberi jalinan yang baik di antara agensi kerajaan bagi meningkatkan hubungan dua hala dalam prespektif pemulihan penghuni.


""