| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Sambutan Hari Penjara Ke 228 Peringkat Institusi Penjara Taiping Tahun 2018

Pada 02 April 2018 Penjara Taiping telah mengadakan sambutan Hari Penjara ke 228 Peringkat Institusi Penjara Taiping. Sambutan telah dimulakan pada jam 7.00 pagi dengan perhimpunan pagi di Dataran Taming Sari, Penjara Taiping yang di sempurnakan oleh, Penolong Kanan Komisioner Charin Promwichit, Pengarah Penjara Taping. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bakti Setia serta bacaan doa. Beliau turut membacakan teks ucapan daripada Y. Bhg Dato Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Di dalam majlis tersebut telah diadakan  penyampaian pingat-pingat  kepada kakitangan pelbagai pangkat serta kakitangan awam. Majlis diteruskan dengan pembakaran artikel larangan yang di rampas sepanjang tahun 2017. Selain itu turut diadakan aktiviti derma  darah dan pemeriksaan kesihatan dengan kerjasama daripada pihak Hospital Taiping sempena Hari Penjara bertempat di Dewan Long Jaafar, Penjara Taiping.Program kebajikan sempena Hari Penjara telah diadakan bersama Kakitangan dan PERSIAP Penjara Taiping dengan membuat lawatan khas ke rumah Pusat Jagaan warga emas iaitu Aminur Ain dan Al Ikhlas Rozi bertempat di Kamunting, Perak. Lawatan amal ini adalah sebagai salah satu aktiviti pemasyarakatan kepada komuniti sosial masyarakat setempat dengan memberi sumbangan ikhlas kepada mereka yang memerlukan sejajar dengan tema Hari Penjara iaitu ?Pemulihan Dinamik Pengintegrasian Strategik?. Sempena dengan Sambutan Hari Penjara ke-228, Institusi Penjara Taiping telah memberi sumbangan keperluan asas seperti makanan dan pakaian kepada kedua-dua Pusat Jagaan Emas sebagai tanda ikhlas dan prihatin serta komitmen Jabatan Penjara Malaysia kepada masyarakat setempat khususnya kepada golangan-golangan yang memerlukan bantuan.


""