| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Penjara Ke-228 Peringkat Penjara Pusat Miri

Pada 04 April 2018, telah diadakan Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-228 Peringkat Penjara Pusat Miri bertempat di Dewan Serbaguna, Penjara  Pusat Miri yang telah disertai oleh seramai (80) orang pegawai dan kakitangan. Perhimpunan bermula  pada jam 7.00 pagi dengan pemeriksaan perbarisan oleh Pengarah Penjara Pusat Miri, PKP Mohd Yunos Bin Mohd Salleh. Di samping menyampaikan Perutusan Hari Penjara Ke-228 Ketua Pengarah Penjara Malaysia, beliau turut menyempurnakan upacara Pemakaian Pingat/Riben Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2017 dan penyampaian hadiah bagi Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan. Antara aktiviti yang turut diadakan sempena Sambutan Hari Penjara ini juga adalah Pertandingan Futsal dan Petanque, Solat Hajat, Bacaan Yassin dan Tahlil serta Ceramah Kesihatan Pergigian Oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Miri.


""