| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Penjara Ke 228 Peringkat Pusat Koreksional Bintulu

Pada 2 April 2018 (Isnin), Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan Sambutan Hari Penjara ke-228 Peringkat Pusat Koreksional Bintulu bagi tahun 2018 bertempat di Tapak Perhimpunan Pusat Koreksional Bintulu. Majlis ini telah disempurnakan oleh PP Supian Bin Kamarudin, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Bintulu dan turut melibatkan 10 Pegawai Kanan, 34 orang anggota lain-lain pangkat, dan 4 orang kakitangan awam. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku, dan Bakti Setia diikuti bacaan doa dan bacaan ikrar jabatan yang diketuai oleh IP Joesauvace Impin Jeluing. Aturcara majlis diteruskan dengan penyampaian pingat kepada 4 orang Pegawai Kanan dan 21 orang anggota pelbagai pangkat. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Tokoh Bulanan bagi Bulan Februari dan Mac 2018. Anugerah Tokoh Bulanan bagi bulan Februari 2018 telah diberikan kepada Wadar Mohd Isa Bin Mohamad dari Unit SmartCom manakala bagi bulan Mac 2018 telah diberikan kepada KPL Kenny Thomson Anak Sojep dari Unit Logistik & Aset. Aturcara terakhir ialah ucapan perutusan daripada KJP Dato' Seri Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia yang telah disampaikan oleh PP Supian Bin Kamarudin, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Bintulu. Majlis telah dimulakan pada jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 8.00 pagi.


""