| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Gaya Hidup Sihat Sempena Hari Penjara Ke 228 Peringkat Negeri Selangor

2 April 2018 - Program Gaya Hidup Sihat Sempena Hari Penjara Kali Ke 228 Peringkat Penjara Negeri Selangor telah berlangsung dengan meriahnya di Padang Mini Stadium Maktab Penjara Malaysia. Program ini adalah anjuran bersama Maktab Penjara Malaysia dan YB Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz, Adun Semenyih.

Program ini bertujuan menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Penjara Negeri Selangor dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan apabila seramai 534 orang dari institusi Penjara Negeri Selangor , Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Adun Semenyih telah bersama-sama melibatkan diri. Beberapa aktiviti menarik telah dijalankan antaranya Senamrobik, Pemeriksaan Kesihatan dari Institut Jantung Negara, LPPKN & Pusat Darah Negara, Pertandingan menembak VIP dan berkumpulan, Pertandingan Tarik Tali serta Cabutan bertuah.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YB Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz, Adun Semenyih dan YBhg Timbalan Komisioner Jeneral Dato Alzafry Mohamed Alnassif Bin Mohamed Adahan Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan & Koreksional.


""