| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney SPM 2017

Pada 29 Mac 2018 (Khamis) bertempat di Dewan Parameswara Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2017 Peringkat Sekolah-Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney Jabatan Penjara Malaysia. Majlis diadakan bagi menghargai pencapaian cemerlang Institusi serta penghuni yang berjaya di dalam SPM 2017. Majlis dimulakan dengan ceramah motivasi bertajuk ?Mengubah Destini Anak Bangsa? oleh Profesor Madya Dr. Aini binti Jaafar Pengarah Program MDAB UITM Shah Alam. Penyampaian Sijil dan wang tunai Anugerah Kecemerlangan telah disempurnakan oleh YBhg. KP Dato? Haji Nordin bin Haji Muhamad, Pengarah Pengurusan Banduan Jabatan Penjara Malaysia kepada 13 orang penerima yang memperolehi keputusan 4A hingga 9A selain anugerah bagi sekolah yang cemerlang dalam mata pelajaran, Gred Purata Sekolah terbaik serta Lonjakan Saujana. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg. Dato? Mohd. Zaky bin Haji Din Timbalan Ketua Pengarah Sektor Kebudayaan dan Kesenian JKKN, YBhg. KP Dato Ab Basir b. Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Pahang, KP Haji Darusalam bin Haji Budin, Pengarah Penjara Negeri Selangor, wakil Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka serta ibu bapa pelajar. Majlis diakhiri dengan sesi ramah mesra bersama para ibu bapa dan pelajar.


""