| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pelupusan Artikel Larangan Sempena Sambutan Hari Penjara Ke 228 Peringkat Negeri Melaka di Penjara Sungai Udang, Melaka

Sempena Sambutan Hari Penjara Yang Ke 228 Peringkat Penjara Negeri Melaka, Institusi Penjara Sungai Udang, Melaka telah mengadakan Program Pelupusan Artikel Larangan berbentuk Tembakau yang telah dirampas oleh Unit Keselamatan Dan Pencegahan (UKP) daripada banduan atau tahanan sepanjang tahun 2016. Ini menunjukkan komitmen yang jitu dan memikul tanggungjawab Jabatan dalam menjalankan tugas terutama bagi membasmi Penyeludupan Artikel Larangan terhadap banduan mahupun tahanan. Pelupusan melalui kaedah pembakaran ini telah diadakan di Padang Kawad Penjara Sungai Udang pada 04.04.2018 ( Rabu ) dan sebanyak 7 kilo tembakau telah dimusnahkan. Program ini telah disempurnakan oleh YBrs.KP Abdul Aziz bin Muhammad Pengarah Penjara Negeri Melaka. Turut hadir adalah YDH TKP Noor Aziz bin Muhammad Noor Pengarah Penjara Sungai Udang, Ketua Institusi Penjara Negeri Melaka dan anggota Penjara Sungai Udang, Melaka.


""