| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Shields (Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya)

27 Mac 2018 (Selasa) - Bertempat di Muzium Penjara Malaysia Melaka telah berlangsung Program PROGRAM SHIELDS (SAYANGI HIDUP ELAK DERITA SELAMANYA) bersama Warga Muzium Penjara Malaysia yang dianjurkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Jelebu.  Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Puan Nadira binti Sadiron Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sembilan. Program ini turut dihadiri oleh Penguasa Penjara Mohamad Saizi bin Ibrahim Timbalan Pengarah Muzium Penjara Malaysia Melaka, Tuan Amir Fuad bin Mohd Dom Pengetua SMK Dato? Undang Syed Ali Al Jufri Negeri Sembilan. Peserta program seramai 65 orang terdiri daripada pelajar-pelajar yang bermasalah di Daerah Jelebu Negeri Sembilan.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membendung penglibatan para pelajar di peringkat sekolah terhadap penyalahgunaan dadah disamping melaksanakan hasrat Jabatan Penjara Malaysia bersama-sama membendung masalah sosial dikalangan para pelajar. Program ini dimulakan dengan mengadakan simulasi di dalam penjara, ceramah motivasi, taklimat hukuman sebatan rotan, taklimat pelaksanaan hukuman mati dan diakhiri dengan majlis perasmian.   Program ini bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang.


""