| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan Bendera Pasukan Bola Sepak Penjara Negeri Melaka

Bertempat di Kafeteria Rumah Rehat Penjara Sungai Udang, Melaka pada 28.03.2018 (Rabu) telah diadakan Majlis Penyerahan Bendera Pasukan Bola Sepak Penjara Negeri Melaka yang akan menyertai Pertandingan Bola Sepak Tan Sri Murad yang akan berlangsung pada 29 Mac 2018 sehingga 01 April 2018 di Taiping, Perak yang dikelolakan oleh Penjara Taiping. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh TKP Noor Aziz bin Muhammad Noor Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka. Pada majlis tersebut pengarah telah memberi kata-kata semangat kepada 32 pemain pasukan Bola Sepak Negeri Melaka agar bermain dengan bersungguh-sungguh dan mempunyai sikap kesukanan dikalangan pasukan yang lain.


""