| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Gotong Royong Perdana Pusat Koreksional Jasin, Melaka

Pada 9 Ogos 2018 (Khamis), telah berlangsung Program Gotong Royong Perdana pihak institusi dengan mendapat kerjasama daripada Kakitangan Majlis Perbandaran Jasin dan Kakitangan Jabatan Kerja Raya Jasin bersama bantuan jentera ?backhoe? bagi tujuan pembersihan kawasan terbiar.

Turut hadir Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PKP Noratimah Binti Abu Bakar bagi merasmikan program gotong royong tersebut yang melibatkan 70 orang pegawai dan kakitangan awam.

Program tersebut memberi fokus pembersihan kawasan perimeter pagar keselamatan institusi, pembersihan kawasan premis kerajaan selain mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara Jabatan-jabatan Kerajaan sekitar Daerah Jasin.
""