| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Gotong Royong Mega 1.0 Memerangi Aedes Penjara Pusat Sri Aman, Sarawak

Program Gotong royong Mega 1.0 Memerangi Aedes Peringkat Penjara Pusat Sri Aman telah diadakan pada 10 Ogos 2018 , Jumaat bermula jam 7.45 pagi hingga 11.30 pagi. Pembersihan kawasan persekitaran ini bertujuan untuk menceriakan  serta mewujudkan persekitaran yang kondusif. Aturcara program dimulakan dengan Bacaan Yaasin oleh Staff beragama Islam, seterusnya senamrobik yang dikendalikan oleh TPP Roy Anak Martin, KIP Caeser Barieng dan Encik Haire Bin Mohd Kadari. Kemudian program diteruskan dengan gotong royong oleh staff dan anggota Penjara Pusat Sri Aman seramai 48 orang di sekitar kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
""