| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pendidikan Haji Dan Umrah Peringkat Penghuni Penjara Limbang Tahun 2018

Pada 20 Ogos 2018 (Isnin) bersamaan dengan 8 Zulhijjah 1439H, Unit Agama telah menganjurkan satu program Pendidikan Haji dan Umrah Peringkat Penghuni bertempat di Blok PPI dan Dataran Penghuni Penjara Limbang. Program yang disertai seramai 45 orang penghuni ini bertujuan memberi pendedahan kepada penghuni berkaitan dengan Haji dan Umrah  selain menanam keazaman dalam diri untuk menunaikan haji serta umrah apabila bebas kelak. Program ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Penjara Limbang, PP Hamad bin Seman dan program disampaikan oleh Ustaz Haji Abang Azman Bin Abang Mohamed, Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Agama Islam Limbang yang telah dilantik oleh Tabung Haji untuk menyampaikan ceramah tersebut.
""