| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Gotong-Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka

Pada 16 Ogos 2018 (Khamis), Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah mengadakan Program Gotong-royong Mega 1.0 Perangi Aedes tahun 2018. Seramai 70 kakitangan yang terdiri dari Pegawai Penjara, Guru Akademik, Guru Agama dan Pegawai Pentadbiran turut bersama-sama menjayakan program gotong-royong ini. Program dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Ketua Bahagian Pemulihan Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Kakitangan dibahagikan kepada 6 zon kawasan pembersihan iaitu Flat Umbai, Flat Tengah, Flat Pegawai Kanan, Flat Tanjung Palas, Surau Al Barakah dan persekitaran institusi. Pada 13 Ogos 2018, institusi juga telah menerima kunjungan lawatan dari Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah bagi membuat pemeriksaan kesihatan persekitaran di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka turut bersama-sama menjayakan program ini.
""