| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Gotong Royong Perdana Memerangi Aedes

Pada 26 Ogos 2018 (Ahad), Penjara Sungai Petani telah mengadakan Gotong Royong Perdana Memerangi Aedes bagi tahun 2018. Aktiviti ini telah dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan melibatkan beberapa kawasan penjara dan pada kali ini fokus lebih terarah kepada seluruh kawasan kuarters kediaman kakitangan seperti membersihkan longkang, tempat pembuangan sampah, tapak permainan kanak-kanak, parkir kenderaan mengutip sampah sarap sekeliling kuarters serta membuang segala barang-barang yang tidak digunakan di mana ianya berpotensi sebagai tempat pembiakan aedes. Seramai enam puluh (60) orang yang terdiri daripada Pegawai Kanan, anggota pelbagai pangkat, dan kakitangan awam terlibat pada kali ini yang turut dimeriahkan dan disertai oleh Pengarah  Penjara Sungai Petani, PKP Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar dan PP Rizalma Bin Che Abd Hamid. Turut hadir ialah Dr  Nur Hadi Bin Omar daripada Unit Vektor dan (4) orang Pegawai Kementerian Kesihatan Daerah Kuala Muda.
""