| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Pelan Kontingensi Rusuhan, Kelarian Dan Mogok Di Penjara Tapah, Perak

Laporan ini disediakan dengan memberi maklumbalas berhubung aktiviti serta latihan yang telah dijalankan di Penjara Tapah, Perak pada 30hb Julai 2018 sehingga 03hb Ogos 2018. Kursus ini telah dijalakan selama (5) hari dari jam 7.00 pagi hingga 4.30 petang melibatkan seramai 28 peserta pelbagai pangkat yang didedahkan dengan Light Strike Force (LSF) dan Controul And Restrain (C&R).

Kursus yang telah dijalankan adalah satu bentuk latihan yang dirancang bagi meningkatkan tahap kawalan keselamatan di semua Penjara sebaris dengan hasrat Komisioner Jeneral Penjara. Membuat latihan persediaan awal untuk menghadapi sebarang kegemparan yang berkemungkinan berlaku didalam Institusi Penjara. Penyelaras Kursus ini adalah TPP Mohd Yusof bin Harun selaku Pegawai Keselamatan dan di bantu oleh IP Zulfa Asrin bin Jasni sebagai Pegawai Latihan di Penjara Tapah. Tenaga Pengajar terdiri daripada Insp. Ismail Bin Mohd Tamizi dan Koperal Norafizan Bin Mohd Rahim anggota Trup Tindakan Cepat. Bagi menjayakan kursus ini telah diadakan satu simulasi Anti- Rusuhan dikawasan LAKU Penjara Tapah.


""