| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Sambutan Hari Keluarga Penjara Taiping Tahun 2018 (Division A)

04 Ogos dan 05 Ogos 2018 Penjara Taiping telah menganjurkan Sambutan Hari Keluarga di Virgo Batik Resort, Lumut Perak bagi anggota division A. Seramai 317 ahli keluarga kakitangan telah menyertai dalam sambutan hari keluarga pada kali ini. Majlis Sambutan ini telah dirasmikan oleh PKK Charin Promwichit , Pengarah Penjara Taiping. Tujuan sambutan Hari Keluarga ini adalah untuk mengeratkan silatulrahim antara kakitangan dan keluarga, di samping diharapkan dapat memantapkan kerja berpasukan.

Majlis dimulakan jam 3.00 petang dengan sukaneka untuk ahli keluarga dan persembahan badut di kawasan lapang hotel serta disajikan dengan burger McDonald. Seterusnya diadakan majlis makan malam bermula jam 8.00 malam yang diadakan di dewan hotel di mulakan dengan persembahan oleh anak-anak kakitangan serta ucapan oleh PKK Charin Promwichit, Pengarah Penjara Taiping, pertandingan karaoke, persembahan silap mata oleh Mus Abata Gegar Lawak dan di akhiri dengan cabutan bertuah hamper, barangan elektrik, dan sebuah motosikal. Majlis berakhir jam 12.00 tengah malam.


""