| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Gotong Royong Membasmi Denggi Peringkat Pusat Reintegrasi Penghuni Kem Syed Sirajuddin Gemas

Pada 17hb Ogos 2018 telah diadakan Program Gotong Royong Membasmi Denggi peringkat Pusat Reintegrasi Penghuni Kem Syed Sirajuddin Gemas yang bermula jam 8.00 pagi. Program ini melibatkan seramai 45 orang kakitangan PRP, 40 orang pembantu wadar (ATM) dan 150 Orang Diselia dari institusi ini. Pelaksanaan program ini selaras dengan arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri yang menyarankan semua institusi penjara mengadakan program ini antara tarikh 1 hingga 31 Ogos 2018 selain menjaga dan mencegah penularan wabak denggi di peringkat awal. Semua peserta yang terlibat telah dipecahkan kepada 4 kumpulan mengikut lokasi masing-masing iaitu di kawasan blok penempatan ODS,kawasan pertanian serta kawasan luar sekitar PRP. Program berakhir pada jam 12.00 tengahari. Program diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai Yang Menjaga PRP Penguasa Penjara Wan Rosli bin Dollah dan pegawai kanan dari Unit Pembantu Wadar (ATM) dan Penjara.


""